01 July 2011

SALAM BULAN JULAI 2011

Assalamualikum buat semua

Sudah lama kita tidak bersua di dalam blog SK Sementa ini. Fokus kita pada kali ini adalah tentang aktiviti-aktiviti yang berlangsung dan yang disertai oleh SK Sementa. Bermula bulan Julai 2011, Pengurus Blog telah mengambil inisiatif untuk mengaktifkan kembali Blog ini..

Semoga Banyak informasi dapat dikongsi bersama

10 January 2011

Mesyuarat Pengurus Pasukan Kejohanan Merentas desa 2011

Satu mesyuarat bagi pengurus-pengurus pasukan merentas desa telah diadakan pada ketetapan berikut :

Hari :  Khamis
Tarikh : 6 Januari 2011
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Dewan Bestari, SK Sementa

Antara agenda Mesyuarat adalah seperti berikut  :

Ucapan Pengerusi
Ucapan PPD Klang/Wakil
Penetapan tarikh/tempat/masa pertandingan
Peraturan Pertandingan
Pendaftaran

23 July 2010

LADAP KE 7

Pihak sekolah akan mengadakan LADAP ke 7 pada ketetapan berikut :
         
           Hari              : Sabtu
           Tarikh          : 24/7/2010
           Masa            : 8.30 -1.00 tgh
           Tempat        : Makmal ICT, SK Sementa
           Tajuk           : Integriti Dalam Pendidikan
           Penceramah: En Nazmi Bin Md. Noor

Semua guru diwajibkan hadir.

19 July 2010

SENAMROBIK SEMPENA BULAN KECERGASAN

Panitia PJK di bawah kendalian En Mahat telah menjemput seorang guru senamrobik bagi mengendalikan sesi senamrobik pada  13 dan 15 Julai 2010.
Memang menyeronokkan...anda pasti gembira. Adalah diharapkan semoga acara ini boleh berlangsung pada setiap bulan....best kan...
Berikut adalah suasana pada acara senamrobik tersebut :

CERAMAH SEMPENA ISRAK MIKRAJ

Satu ceramah sempena israk dan mikraj telah berlangsung pada hari jumaat , 16 Julai 2010 bertempat di Musolla SK Sementa. Aktiviti ini adalah anjuran Panitia Agama Islam. Bagi sesi Petang , ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Firdaus Bin Subhi, Imam Masjid Negeri. Semoga ceramah yang telah disampaikan itu dapat menambahkan pengetahuan kepada semua warga SK Sementa.




30 June 2010

HARI MENANDATANGANI REKOD PROFIL

Hari menandatangani rekod profil ( Hari Akademik ) akan dijalankan pada ketetapan berikut :
    
           Hari      : Jumaat
           Tarikh  : 2 Julai 2010
           Masa    :  Sesi Pagi      - 8.00 hingga 11.30 pagi
                         Sesi Petang   - 3.00 hingga 6.00 petang

Sehubungan itu para ibu bapa dijemput hadir.

27 June 2010

SEKITAR PERTANDINGAN MEMANCING AMAL 2010

26 June 2010

PERTANDINGAN MEMANCING AMAL

Pihak PIBG Sk Sementa telah menganjurkan Pertandingan Memancing Amal pada 27 Jun 2010 bertempat di Kolam Memancing Berjaya ,Kg Perepat. Tujuan pertandingan ini adalah untuk mengisi tabung pembinaan Musolla As-Syafie.

Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan pertandingan di atas.

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang....

SENYUM PENUH KEPUASAN
JUARA PERTANDINGAN MEMANCING AMAL
[EN SUHAIRI]

         
SENYUMAN KEGEMBIRAAN
TEMPAT KEDUA
[EN ABD RAUF BAGIMIN]


SENYUMAN BERMAKNA
TEMPAT KETIGA
[EN RAMLI]



06 June 2010

PEPERIKSAAN PTK SESI JUN 2010

Selamat menduduki Peperiksaan PTK kepada semua warga SK Sementa yang terlibat. Diharap semoga kalian dapat menjawab soalan dengan baik dan memperolehi keputusan yang cemerlang. Berikut disertakan jadual bagi peperiksaan PTK sesi Jun 2010...

04 June 2010

CUTI PENGGAL PERTAMA

Sekolah akan bermula bercuti selama 2 minggu bermula pada 5 Jun 2010 hingga 20 Jun 2010. Sekolah akan dibuka semula pada 21 Jun 2010. Selamat bercuti kepada semua warga SK Sementa. Semoga berjumpa lagi ...

13 November 2009

Klinik Permainan

Jawatankuasa Kokurikulum SK Sementa telah dan akan menganjurkan klinik bagi sukan teras. Jenis sukan dan masa adalah seperti berikut :

1) Selasa dan Rabu (10/11/2009-11/11/2009)- Klinik Softball.

2) Khamis ( 12/11/2009) - Klinik Bolasepak.

3) Jumaat (13/11/2009) - Klinik Sepak Takraw dan Bola Jaring.

4) Isnin (16/11/2009) - Klinik Bola Baling.


Murid-murid yang terlibat adalah dari tahun 2, 3, 4 dan 5.
Masa bermula dari 7.30 pagi hingga 5.30 ptg.